Kategori Berita Utama

Rakyat boleh nilai tuduhan Rafidah terhadap kerajaan

9 APRIL: Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata yang beliau yakin terhadap kepercayaan rakyat yang mampu menilai tentang kenyataan yang dikeluarkan bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz terhadap kerajaan.

Menurutnya, beliau merasakan yang tindakan Rafidah itu lebih kepada sensitif berikutan sudah lama tiada dalam jawatan penting negara, namun enggan mengulas lebih banyak tentang perkara itu.

Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahizat Abdul Jalil bercakap pada sidang media sempena Mesyuarat Biro Politik Wanita UMNO Malaysia di Ibu Pejabat Wanita UMNO PWTC

“Rakyat boleh menilai kenapa beliau buat begitu. Saya yakin rakyat Malaysia ada kebijaksanaan untuk membuat satu kesimpulan kenapa buat reaksi seperti itu.

“Kalau dah lama berkuasa, bila dah tak ada di jawatan itu dia terasa. Kita hormat orang tua. Jadi saya tak mahu komen lebih,” katanya pada sidang media di Pusat Daganhan Dunia Putra (PWTC) “, Isnin.

Rafidah sebelum ini dilihat secara jelas mengecam kerajaan hari ini sama seperti apa yang dilakukan bekas perdana Menteri Tun dr Mahathir Mohamad.

Dalam pada itu Shahrizat turut berkata pihaknya mengharapkan pencalonan pada Pilihan Raya Umum ke-14 ini memberi pertimbangan kepada calon wanita dengan peratusan yang lebih munasabah.

“Saya nak minta Pengerusi Perhubungan dalam perkiraan terakhir tentukan peratusan wanita yang jadi calon, seimbang dengan sumbangan wanita dalam parti. Perlulah peratusan yang lebih munasabah. Ini yang kita harapkan,” ujarnya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 April 2018 7:17 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: