Kategori Berita Utama

Rakyat derita bila Azmin jadikan Selangor makmal politik

18 MEI: Rakyat Selangor bukan bahan eksprimen politik kerajaan negeri diketuai Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Shahrom Mohd Sharif membidas kerajaan campuran negeri itu yang dibentuk daripada kerjasama politik Pakatan Harapan dan PAS kerana sering berpolitik daripada membela rakyat.

“Saya berasa simpati terhadap rakyat Selangor keseluruhannya kerana terpaksa berhadapan dengan kemelut pentadbiran kerajaan negeri sekarang.

“Cukup-cukuplah mereka menjadikan Selangor sebagai makmal ujikaji politik dengan pelbagai pembolehubah yang karut dan menelan kos besar,” katanya dalam satu kenyataan, Khamis.

Pada masa yang sama, Shahrom juga mempersoalkan kerajaan diketuai PKR yang dikatakan mengamalkan konsep ‘peduli rakyat’ tetapi hanya meniti dibibir sahaja.

“Adakah ini kerajaan yang memenuhi harapan rakyat?,” soalnya.

Justeru itu, Shahrom (foto) menyeru rakyat negeri ini supaya membuka mata dan bijak menilai isu yang menyelubungi Selangor  semenjak tidak diperintah oleh Barisan Nasional (BN).

“Sudah sampai masanya BN diberikan mandat semula menerajui kerajaan negeri pada PRU akan datang ini,” jelasnya lagi.

Kerajaan Negeri Selangor dilihat bagai telur dihujung tanduk susulan PAS membatalkan tahaluf siyasi dengan PKR.

Terbaru, Azmin dilihat terpaksa akur dengan keputusan parti Islam itu, bagaimanapun nasib tiga orang EXCO PAS dalam kerajaan Selangor bakal ditentukan beliau sekembalinya dari lawatan kerja luar negara.

Share This:




Berita Bertarikh pada 18 May 2017 11:53 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]