Kategori Berita Utama

Rakyat Johor perlu tolak ‘jasa jahanamkan negeri’ pembangkang

16 JULAI: Memang banyak jasa pembangkang kepada negeri Johor, tapi jasa yang ditaburkan semuanya bertujuan menghancurkan rakyat negeri ini, kata Anuar Manap sinis tapi tegas.

Kenyataan sinikal Ahli Parlimen Sekijang itu merujuk kepada kenyataan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli, kononnya UMNO Johor mula gelabah dengan tindakan pakatan pembangkang memperhebatkan kempen menghasut rakyat negeri ini membenci kerajaan Barisan Nasional baru-baru ini.

Menurutnya, Johor merupakan negeri yang menjadi idaman pembangkang sejak dari dahulu lagi.

Namun, hasil kerja keras dan semangat perpaduan yang kuat ditunjukkan jentera BN telah berjaya menidakkan hasrat pembangkang itu dan rakyat Johor tidak mudah percaya dengan tohmahan dan dakyah politik mereka pada PRU lalu.

“Jadi tidak hairanlah, pembangkang terutamanya Rafizi terus menyerang Johor dengan memutarbelitkan fakta dan melemparkan persepsi jahat terhadap kerajaan BN.

“Kita tidak gelabah dengan mereka yang telah banyak ‘berjasa’ kepada rakyat seperti merekrut rakyat menyertai perhimpunan haram yang dianjurkan untuk menentang kerajaan.

“Jasa mereka hanya memecah belahkan rakyat dan seronok apabila kerajaan difitnah dan dikecam oleh rakyat. Inilah konsep baling batu sembunyikan tangan kerana memang tujuan pembangkang untuk kepentingan politiknya,” kata Anuar kepada BNBBC.my portal, Ahad.

Tidak menjadi hairan, kata Anuar apabila Rafizi dan konco-konconya sekali lagi berusaha untuk menanamkan kebencian kepada rakyat Johor menjelang PRU ke-14 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Tambahnya lagi, pembangkang semakin panik susulan tindakan pro aktif UMNO dan BN negeri itu yang sentiasa menjaga kebajikan dan membela rakyat.

“Kita di Johor telah lama mengamalkan politik khidmat bakti.

“Segala isu tempatan dan perkara yg berkaitan dengan rakyat secara berterusan menjadi keutamaan setiap wakil rakyat di Johor.

“PRU dah dekat, sebab itu Rafizi dan pembangkang menjadi panik melihat UMNO dan BN konsisten menjaga hal ehwal kebajikan rakyat Johor,” jelasnya lagi.

Justeru itu, Anuar menggesa rakyat Johor untuk tidak termakan hasutan pembangkang terutama yang dilakukan oleh Rafizi.

“Kita tiada masa nak cari salah dan keburukan orang berbanding mereka kerana Rafizi memang pernah mengeluarkan kenyataan untuk terus menghasut dan mengelirukan rakyat agar benci kepada kerajaan.

“Jadi saya percaya, rakyat Johor telah matang dan bijak untuk menolak dakyah politik jahat pembangkang ini, janganlah termakan dengan hasutan mereka,” katanya lagi.

Minggu lepas, pakatan pembangkang menerusi Rafizi telah melancarkan kempen politik mereka yang dimulakan di negeri Johor.

Share This:




Berita Bertarikh pada 16 July 2017 7:02 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]