Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Rakyat Kelantan utama rokok dari cukai tanah

Rakyat Kelantan ditegur kerana terlalu liat untuk membayar cukai tanah sehingga menyebabkan Kerajaan PAS Kelantan gagal untuk mengutip hasil sebanyak RM21 juta.

rokokMenteri Besar, Datuk Ahmad Yakob turut membidas sikap rakyat negeri ini yang mengutamakan rokok lebih daripada menunaikan tanggungjawab biarpun harga rokok meningkat pada setiap tahun.

Beliau berkata, cukai tanah yang dikenakan di negeri ini masih rendah dan mampu untuk dibayar oleh rakyat.

“Harga rokok naik lebih dari RM10 tetapi rakyat masih boleh beli, cukai tanah sekali setahun pun tidak boleh bayar, rokok boleh beli setiap hari.

“Kita berharap rakyat membayar tunggakan cukai tanah ini dan kita akan berusaha untuk memberi kesedaran kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada menjawab soalan tambahan Mohamad Zaki Ibrahim (PAS-Kelaboran) pada sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.-9/10/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 October 2013 8:58 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: