Kategori Berita Antarabangsa

Rakyat Korea Selatan terima presiden baharu

10 MEI: Pemimpin Parti Liberal, Moon Jae-in, yang dijadualkan mengangkat sumpah jawatan sebagai Presiden Korea Selatan hari ini, dijangka mengumumkan anggota utama Kabinet dan melantik kakitangan pejabat presiden.

Antara cabaran pertama Jae -in adalah berdepan dengan ancaman peperangan dengan Korea Utara, selain perlu berusaha meredakan konflik perdagangan dengan Amerika Syarikat.

Malah, pentadbirannya juga perlu mencari jalan penyelesaian bagi mengurangkan ketegangan dengan China, berikutan penempatan sistem pertahanan anti-senjata di Korea Selatan bagi mencegah ancaman serangan senjata dari Pyongyang.

Selain itu, Jae-in juga perlu menyatukan semula rakyat dan menangani perpecahan dalam kalangan pengundi, susulan skandal rasuah membabitkan pemimpin negara itu.

“Saya akan mewujudkan sebuah negara yang adil, bersatu padu.

“Saya akan menjadi presiden yang berkhidmat untuk semua, termasuk mereka yang tidak menyokong saya,” kata Jae-in, yang juga bekas peguam hak asasi manusia dan mengetuai parti sejak lima tahun lalu,” lapor Reuters.

Sementara itu, keputusan rasmi menunjukkan Jae-in memperoleh kemenangan mutlak selepas penduduk yang keluar mengundi mencatatkan jumlah tertinggi dalam tempoh 2o tahun.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Kebangsaan, Jae-in berjaya meraih 41.1 peratus undi berbanding calon Parti Konservatif, Hong Joon-pyo (24 peratus) dan calon haluan tengah, Ahn Cheol-soo (21.4 peratus).

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 10 May 2017 10:33 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: