Kategori Berita Utama

Rakyat Malaysia digesa amal patriotik

7 MEI: Rakyat Malaysia perlu menyemai semangat patriotik demi mempertahankan kedaulatan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kita tahu bahawa kalau kita ada semangat mempertahankan negara kita maka negara kita akan terus maju ke hadapan kerana tidak ada mana-mana musuh negara sama ada dari luar atau dari dalam yang berani membuat angkara untuk merosakkan negara ini atau menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan program Ekspresi Negaraku di Padang Perbandaran Sandakan, Sabah hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, beberapa menteri kebinet negeri dan persekutuan serta pemimpin masyarakat.

Pada masa yang sama, beliau mengingatkan rakyat mengenai bahaya sekiranya ada ‘musuh dalam selimut’ seperti yang menimpa anggota keselamatan semasa peristiwa pencerobohan pengganas Sulu pada tahun 2013.

“Saya nak beritahu bahawa sekiranya kita bersatu dan cinta kepada negara kita, tidak ada musuh dari luar boleh membuat angkara dan mengancam bumi Sabah.

Saya nak beritahu bahawa untuk Sabah sahaja, pada tahun ini kita belanja sebanyak RM323 juta untuk operasi Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) ini. Sehingga hari ini, alhamdulillah (kawasan ESSZone) selamat. Saya dimaklumkan bahawa sudah ramai pelancong pergi ke Semporna,” kata Najib.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua pihak agar jangan cuba melaga-lagakan antara kerajaan Sabah dan kerajaan pusat kerana kedua-duanya ibarat satu keluarga yang mempunyai tujuan untuk memakmurkan bumi Sabah dan mensejahterakan rakyatnya.

“Kita juga buat sesuatu yang lebih daripada apa yang diduga atau difikirkan oleh rakyat. Sebagai contoh Fasa 1 Lebuhraya Pan Borneo untuk Sabah. Orang Sabah sudah lama menunggu. Dua puluh lima tahun menunggu Lebuhraya Pan Borneo.

“Seorang pernah menjadi Perdana Menteri 22 tahun tetapi tak buat Pan Borneo untuk Sabah. Saya belum cukup 22 tahun. Saya mungkin tak sampai 22 tahun. Tetapi sudah buat Lebuhraya Pan Borneo,” tegas Najib.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 May 2017 2:43 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: