Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Rakyat Malaysia dinasihat berhati-hati keadaan di Iran

4 JAN: Kementerian Luar menasihati rakyat Malaysia di Iran atau yang merancang untuk ke negara itu supaya lebih berhati-hati berikutan tunjuk perasaan terbaru di negara berkenaan.

Dalam kenyataan hari ini, kementerian itu berkata pihaknya juga memantau dengan rapi keadaan di Iran.

“Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas,” katanya.

Menurut laporan, sekurang-kurangnya 21 orang maut dalam pertempuran antara penunjuk perasaan dengan tentera kerajaan berikutan bantahan balas yang dilancarkan puak prokerajaan terhadap penentang kerajaan.

Kementerian itu juga menasihati rakyat Malaysia supaya berwaspada dengan keadaan di sekeliling mereka pada setiap masa serta lebih berhati-hati semasa berlaku peristiwa besar dan menjauhkan diri daripada tempat yang sesak.

“Mereka juga perlu mendapatkan maklumat terkini daripada liputan media serta mengambil kira perkembangan itu apabila merancang perjalanan masing-masing,” katanya.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan atau maklumat lanjut boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Tehran di alamat berikut:

Embassy of Malaysia,

No. 25, 2nd Alley, North Zarafshan St.

Eyvanak Blvd, Phase 4

Shahrak Qods

Tehran, Iran

Tel: (+9821) 8807 2444

(+9893) 35352602 (selepas waktu pejabat)

E-mail: mwtehran@kln.gov.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 January 2018 11:27 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: