Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Hanya UMNO mampu penuhi harapan rakyat

7 DIS: Ahli UMNO seluruhnya perlu yakin yang BN  adalah pilihan terbaik dan mampu memenuhi harapan rakyat.

Menurut Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Harun Narrashid, ucapan Presiden parti dilihat menyentuh semua pencapaian dasar transformasi negara yang begitu berjaya.

“Ianya membesarkan kek ekonomi negara, memberi lebih nikmat kepada rakyat dan meletakkan dalam negara keadaan yang kukuh mendepani cabaran dunia masa depan.

“UMNO di bawah pimpinan Datuk Seri Najib berusaha meningkatkan peluang mendapat pekerjaan berpendapatan sederhana dan tinggi kepada semua golongan rakyat disamping menangani kos sara hidup rakyat diluar dan dalam bandar,” katanya kepada BNBBC.my portal.

Tambah Ehsanuddin, ahli-ahli UMNO juga perlu menyantuni “persuadable voters” berbekalkan pencapaian baik dalam ekonomi, bajet 2018 yang inklusif serta mesra rakyat

“Pembangunan prasarana jalanraya, kesihatan, pentadbiran (UTC), pendidikan, kemahiran dan asas teknoloji digital d bangunkan luar bandar dan dalam bandar untuk rakyat.

“Prestasi cemerlang parti yang berterusan membela rakyat ini cukup menyakinkan penyokong BN untuk menerajui kepimpinan negara demi kesejahteraan rakyat,” ujarnya.

Share This:




Berita Bertarikh pada 7 December 2017 5:26 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]