Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Taib yakin peralihan kuasa lancar, rakyat jangan bimbang

24 FEB: Selain menjanjikan peralihan kepimpinan yang lancar, rakyat Sarawak juga tidak perlu bimbang kerana bakal Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem diyakini dapat melaksanakan semua dasar demi kepentingan rakyat negeri itu.

Tan Sri Abdul Taib Mahmud juga memberi jaminan bahawa peletakan jawatannya tidak bermakna bahawa semua yang dirancang semasa pentadbirannya akan dihentikan oleh kepimpinan baharu.

Taib baru-baru ini mengumumkan akan meletak jawatan sebagai ketua menteri, berkuatkuasa 28 Februari dan akan digantikan Adenan yang juga menteri tugas-tugas khas di Pejabat Ketua Menteri dan ahli dewan undangan negeri Tanjung Datu.

taibadenan

Taib yakin kemampuan Adenan sebagai Ketua Menteri

Upacara mengangkat sumpah ketua menteri Sarawak yang baharu dijadual pada 28 Februari.

“Jangan bimbang, beliau (Adenan) bekerjasama dengan saya seperti Soon Koh ( Datuk Seri Wong Soon Koh). Beliau boleh melakukan apa sahaja untuk melaksanakan apa sahaja dasar yang ada, jadi peralihan kuasa akan berjalan lancar.

“Kamu tidak perlu bimbang kerana kami merancang semua dasar ini bersama,” katanya pada sambutan Tahun Baru Cina 2014 Gabungan Persatuan Cina (Hua Zong) Bahagian Kuching dan Samarahan di Sarawak, Isnin malam.

Soon Koh adalah Menteri Kewangan Kedua Sarawak dan juga Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam;

Beliau percaya sesetengah pemimpin muda dalam kerajaan sekarang akan melakukan sesuatu yang lebih baik selepas ini.

Katanya, ltu  baik untuk Sarawak kerana ia menunjukkan ianya boleh melaksanakan apa sahaja rancangan secara berterusan tanpa gangguan..

Pada majlis itu, Taib yang diiringi isteri Puan Sri Ragad Kurdi Taib disambut antara lain oleh Soon Koh, Presiden Hua Zong, Temenggong Lu Kim Yong dan 1,000 anggota persatuan.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 24 February 2014 1:16 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: