Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Rakyat tak perlu simpati kepada Anwar dan isterinya

13 MAC: Rakyat khususnya pengundi-pengundi di Kajang  tidak perlu menanggung kesusahan atau berasa simpati terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijatuhi hukuman penjara kerana kesalahan meliwat kerana itu soal peribadi beliau dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Menurut Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional (BN), Datuk Ahmad Maslan, adalah tidak wajar rakyat diheret sama dalam masalah peribadinya begitu juga dengan PRK Kajang yang berpunca kemelut kuasa dalaman PKR.

“Jadi pada saya adalah sesuatu yang tidak wajar bagaimana rakyat terpaksa meleraikan masalah peribadi dan masalah yang timbul di dalam parti dengan berdepan PRK Kajang yang tidak perlu sebenarnya,” ujar beliau. 

anwarberahimKatanya, hukuman terhadap Ketua Pembangkang itu lebih bersifat peribadi dan bukan demi perjuangan rakyat. 

“Jadi tidak perlu bersimpati (kepada Anwar), buat apa nak bersimpati sebab Anwar Ibrahim dihukum oleh mahkamah itu bukan kerana dia membela  nasib rakyat atau dia buat untuk kebaikan umum sehingga dia dijatuhkan hukuman, sudah tentu tidak. 

“Dia dijatuhkan atas sebab kes liwat dia dengan Saiful Bukhari. Untuk apa kta simpati atas kes peribadi sebegitu,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, Khamis. 

Mahkamah Rayuan pada 6 Mac yang lalu menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kepada Anwar kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada tahun 2008 menyebabkan beliau hilang kelaykan untuk bertanding di DUN Kajang. 

Ahli Parlimen Pontian itu menambah, rakyat seharusnya tidak perlu menanggung segala kesulitan yang ditimbulkan parti pembangkang itu semata-mata untuk memenuhi kehendak nafsu politik Anwar termasuk mengundi Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.. 

Langkah Kajang yang diperkenalkan sebagai strategi PKR untuk menukar kepimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bermula selepas bekas penyandang kerusi DUN Kajang, Lee Chin Cheh melepaskan jawatannya itu untuk memberi laluan kepada Anwar . 

Anwar telah digantikan oleh Dr Wan Azizah  sebagai calon PKR yang bakal menentang calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun pada 23 Mac ini. 

Ahmad menegaskan, sasaran BN adalah untuk memenangi kerusi tersebut bagi memastikan rakyat tidak terus tertekan dengan permainan politik Paktan Rakyat di Selangor yang dilihat tidak menghargai mandat yang diberikan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke 13 yang lalu. 

“Mereka nak buat langkah apa pun terpulanglah, tak ada masalah, yang penting kami di sini berusaha bersungguh-sungguh demi rakyat untuk memperoleh kemenangan di PRK Kajang.

“Yang penting kita nak berikan khidmat terbaik untuk penduduk di Kajang,” katanya lagi. -bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 March 2014 11:47 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: