Kategori Berita Antarabangsa

Rakyat Thailand tuntut tentera berhenti sokong junta

25 MAC: Lebih 300 petunjuk perasaan berarak di hadapan ibu pejabat tentera di ibu kota Thailand bagi mendesak tentera agar menarik balik sokongannya terhadap kerajaan.

Bantahan itu adalah antara yang terbesar dalam gelombang protes terbaharu terhadap rasuah dan kegagalan kerajaan untuk melaksanakan pilihan raya mengikut waktu dijanjikan.

Petunjuk perasaan juga menyatakan hasrat agar negara ini tidak lagi diperintah oleh tentera.

“Kami mahukan peralihan yang harmoni. Ia adalah masa untuk tentera dan semua rakyat agar berhenti menyokong junta serta memihak kepada orang ramai,” kata salah seorang pemimpin protes tersebut, Rangsiman Rome

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 25 March 2018 6:58 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: