Kategori Berita Utama

Rakyat Tiong Hua di Sabah dijamin takkan undi DAP

8 MAC: Pembangkang tidak perlu membuang masa dan duit untuk berkempen di Sabah pada Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini.

Menurut Ahli Parlimen Putatan, Datuk Marcus Majigoh, rakyat di Sabah sudah muak dengan segala penipuan dan pembohongan yang dibuat oleh pemimpin mereka.

Membuktikan perkara itu, Marcus berkata tiada apa pembangunan yang dibuat sehingga hari ini di kawasan parlimen pembangkang iaitu Penampang, Sandakan dan Kota Kinabalu.

“Rakyat di negeri Sabah sudah muak dengan janji pembangkang, janji kosong, wakil rakyat yang gagal seperti Shah Alam yang bermain wayang, sandiwara, pembangunan Shah Alam semua dibuat oleh BN, pergi Shah Alam tengok pembangunan dalam kawasan BN, apa keadaan di Penampang, Kota Kinabalu, Sandakan, yang dipegang pembangkang? rakyat muak.

“Semua janji BN pada PRU13 semua telah ditunaikan dan ditepati. Ada juga yang bukan dalam janji tapi dilaksanakan, minta secara spontan pun bagi.

“Minta maaf DAP dan PKR tak boleh pakai di Sabah, thank you BN we love you,” katanya bagi membahaskan titah Yang Dipertuan Agong Sultan Muhammad V di Dewan Rakyat, Khamis.

Tambah Marcus lagi, ramai rakyat Sabah yang menghubungi beliau secara peribadi dan menyatakan kekesalan terhadap parti pembangkang itu.

“Rakyat yang dulu menyokong kuat DAP, ramai yang berhubung kepada saya cakap tak nak undi DAP. Jadi jangan buang masa, rakyat Tiong Hua di Sabah takkan undi DAP,” jelasnya lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 March 2018 6:48 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: