Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Ramai ahli politik jadi mangsa korban Mahathir

14 MAC: Bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad dilabelkan sebagai ‘pembunuh politik bersiri’ apabila pernah menyingkir ramai tokoh politik parti keramat Melayu menerusi sebaran idelogi kebencian kalangan akar umbi.

Mengulas perkara itu, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa mendakwa pengerusi Pakatan Harapan itu bijak mewujudkan persepsi negatif terhadap mana-mana tokoh yang tidak sebulu dengannya.

“Dalam perjalanan politik negara, ramai ahli politik terkorban sepanjang mereka terbabit dengan Dr Mahathir sejak zaman Tunku Abdul Rahman, Tengku Razaleigh Hamzah dan sebagainya.

“Bagaimanapun, pendekatan sama terhadap Datuk Seri Najib tidak berkesan hingga memaksa Dr Mahathir tidak mempunyai pilihan lain, selain bergabung dengan musuh politik,” katanya hari ini di ibu kota.

Annuar berkata demikian selepas menjadi moderator bicara santai ‘Anda Tanya Kita Jawab’, Diskusi UMNO-Online, di Menara Dato Onn.

Diskusi itu turut menampilkan dua ahli panel iaitu bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dan pengasas bersama PPBM, Anina Saadudin.

Pada masa sama, beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata Dr Mahathir sedang berdepan situasi baharu apabila perlu menyingkirkan pemimpin UMNO dari luar.

“Selama ini dia bunuh dari dalam rumah, sekarang dia berada di luar rumah, dia nak bakar rumah,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 March 2018 6:15 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: