Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Ramasamy di SPRM P.Pinang

14 FEB: Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy dilaporkan berada Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Georgetown hari ini.

Laporan portal berita menyebut beliau yang ditemani peguamnya, Datuk Aljit Singh Jessy, dilihat memasuki pejabat suruhanjaya itu pada jam 8.45 pagi tadi.

Sebelum ini ADUN Prai itu berkata beliau diarah hadir ke pejabat SPRM hari ini bagi membantu siasatan berhubung kontroversi projek terowong dasar laut dianggar bernilai RM3.6 bilion.

Semalam EXCO Pulau Pinang, Lim Hock Seng memberi keterangan hampir 12 jam di bangunan yang sama.

Timbalan Ketua Pesuruhajaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki dilaporkan mengesahkan  bahawa dua exco tertinggi negeri itu dipanggil pihaknya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 February 2018 11:32 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: