Kategori Berita Utama

Rasai penderitaan Rohingya, rakyat perlu syukuri keamanan di Malaysia

26 DIS : Rakyat di Malaysia perlu mengsyukuri dengan keamanan dan keharmonian di Malaysia jika dibandingkan dengan penderitaan yang dialami masyarakat Islam di Ro­hingya, Myanmar.

Menyedari hal itu Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata selain daripada keinsafan yang perlu dirasai, rakyat Malaysia juga perlu bersyukur kerana kerajaan melaksanakan pembangunan untuk mereka.

Noor Azmi yang baru pulang dari misi kemanusiaan di Rohingya ituberkata keadaan penduduk di Rohingya amat jauh berbeza dengan Malaysia yang mana rakyatnya hidup dalam keadaan aman dan harmoni.

“Pengalaman berada di Rohingya memberikan keinsafan ke­rana negara kita yang aman dan rakyatnya saling menghormati.

“Bersyukurlah dengan nikmat ini hasil kesungguhan kerajaan memberikan pembangunan yang melimpah ruah untuk keharmonian rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan beras kepada 350 penduduk dan program gun­ting rambut percuma kepada 200 orang murid di Bagan Serai semalam.

Noor Azmi berkata, kehidupan penduduk Islam di Rohingya begitu menderita kerana tiada kediaman yang selesa, tidak kemudahan asas dan sukar untuk mendapatkan makanan.

Malah, katanya, untuk memiliki pakaian yang sempurna pun agak sukar untuk penduduk di sana.

“Sukar untuk saya gambarkan betapa menderitanya mereka di Rohingya berbanding kita yang hidup dalam keadaan serba mencukupi,” katanya.

Jelasnya, lantaran itu keharmonian yang dinikmati kini perlu dipertahankan dengan me­ngekalkan kerajaan BN.

“Perdana Menteri telah membuktikan BN sebuah kerajaan yang prihatin dan sentisa mem­bela rakyat, oleh itu jangan de­ngar tohmahan pembangkang yang ber­tujuan menghasut rak­yat me­ngubah kerajaan,” ­katanya lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 December 2017 9:47 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: