Kategori Berita Utama

Rasionalisasi subsidi bantu kawal hutang negara dan tarik pelabur

1 APRIL: Langkah kerajaan merasionalisasikan subsidi bertepatan untuk memastikan hutang negara terus terkawal selain bagi menarik minat pelabur untuk terus berurusan dengan negara. 

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, fiskal  negara berada pada kedudukan defisit sejak tahun 1990an namun ianya tidak menghalang negara untuk terus membangunkan pertumbuhan ekonomi negara.

Walau bagaimanapun, kerajaan mengambil pendekatan untuk mengurangkan defisit itu dengan langkah rasionalisasi subsidi yang menelan belanja sama banyak dengan perbelanjaan pembangunan. 

“Perlu diketahui defisit fiskal bukanlah satu pekara yang tidak baik, kedudukan fiskal negara telah berada pada tahap defisit sejak tahun 1990an, dan keadaan ini tidak menghalang negara dari terus membangun,”

najibrazakdr

Najib meninggalkan Dewan Rakyat selepas selesai menjawab soalan berkaitan Kementerian Kewangan

“Ini kerana apabila hutang negara terkawal ia akan memberi keyakinan kepada pelabur untuk terus melabur di negara kita khususnya dalam pasaran modal,” jelas Najib di Dewan Rakyat hari ini. 

Beliau yang juga Menteri Kewangan menjawab soalan Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah yang meminta kerajaan menjelaskan berhubung rasionalisasi subsidi dan bantuan kepada rakyat. 

Najib menjelaskan langkah yang diambil kerajaan ini bakal meningkatkan lagi kecekapan perbelanjaan dan pengagihan sumber kewangan kerajaan sekali gus memberi kelebihan kepada rakyat. 

Beliau menambah, Malaysia tidak mengambil tindakan yang tidak drastik bagi memastikan rakyat tidak terbeban dangan pengngkatan kos sara hidup yang kian menghimpit mereka.  

“Semestinya langkah transformasi fiskal ini termasuk langkah rasionalisasi subsidi dalam untuk meningkatn ecekapan perbelanjaan dan pengagihan sumber keewangan kerajaan.

“Pada masa ini kebanyakan negara telah megambil pendekatan drastik untuk mengurangkan defisit fiskal mereka namun Malaysia mengambil pendekatan secara beransur-ansur bagi menyokong pertumbuhan ekonomi yang berterusan dan pada masa yang sama berupaya mengekalkan kesejahteraan rakyat,” jelas Ahli Parlimen Pekan itu. 

Menurut beliau lagi, pertambahan perbelanjaan untuk subsidi dan insentif sebelum dirasionalisasikan adalah satu perbelanjaan yang tidak wajar untuk diteruskan ekoran wujudnya elemen berat sebelah yang tidak memberikan pulangan kepada rakyat. 

“Peruntukan untuk pembangunan setahun sekarang ini dalam lingkungan RM46 billion, walhal subsidi dan insentif tahun lalu mencecah RM43 billion.

“Cuba bayangkan perbelanjaan negara pembangunan RM46 billion, subsidi insentif RM43 billion, sudah tentu ini merupakan satu perbelanjaan yang berat sebelah.

“Dan tidak wajar diteruskan kerana tidak boleh lakukan secara mampan,” jelasnya. 

Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan tidak sama sekali mengambil langkah menghapuskan subsidi sebaliknya ia adalah rombakan dasar yang telah dikaji bagi mengukuhkan kedudukan ekonomi negara.

“Ini bukan bererti bahawa kita menghapuskan subsidi sama sekali, tetapi kita melakukan satu rombakan pada dasar dimana subsidi secara pukal berlaku banyak pembaziran dan ketirisan dan menguntungkan golongan berpendapatan tinggi lebih daripada golongan berpendapatan sederhana dan rendah.

“Oleh itu kita mesti menutup ketirisan ini sebab ini merugikan rakyat, sebab itu kita melakukan pemindahan kepada subsidi bersasar termasuklah BR1M,” katanya lagi. -bnbbc.my

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 April 2014 12:04 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: