Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Rasuah: 6 penguatkuasa MPK direman seminggu

15 MAC: Enam penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, direman seminggu.

Perintah tahanan reman berkenaan dikeluarkan Majistret Nik Nur Amalina Mat Zaidan berkuat kuasa hari ini hingga Rabu depan.

Semua mereka disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Mereka yang memakai baju lokap berwarna jingga itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Semalam, BH Online melaporkan tujuh penguat kuasa MPK ditahan selepas dipercayai meminta dan menerima rasuah daripada seorang pengusaha kafe siber tanpa lesen di Klang berjumlah RM1,000, pada 21 Oktober tahun lalu.

Perbuatan itu dilakukan sebagai balasan untuk mereka tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang.

Bagaimanapun, seorang darinya dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas diambil keterangan.

Semua suspek berusia 31 hingga 42 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Cawangan Klang pada jam 1.45 tengah hari semalam selepas diminta hadir memberi keterangan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 March 2018 1:54 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: