Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Rasuah: Bekas GM MIMOS dipenjara 7 tahun, denda RM5 juta

13 FEB: Bekas Pengurus Besar Kewangan MIMOS Berhad, Khairuddin Khalid dihukum penjara 7 tahun dan denda RM5 juta setelah Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur pada Khamis mensabitkan beliau bersalah terhadap pertuduhan rasuah bernilai RM502,002.37, 12 tahun lalu.

Khairuddin, kini yang kini menjawat jawatan Ketua Pegawai Operasi (COO) sebuah syarikat teknnologi maklumat (IT) swasta, juga berdepan dengan hukuman penjara 64 bulan jika membayar denda hari ini.

Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain membenarkan rayuan ke atas hukuman penjara tujuh tahun yang berjalan serentak hari ini, tetapi menolak permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan hukuman membayar denda.

MACC Tube MIMOSKhairuddin, didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa SPRM, Mohd Nur Lokman Samingan dan Wan Ahmad Nizam Wan
Omar manakala tertuduh diwakili Azi Azlin binti Zulkifli dari Tetuan Hanif & Co.

Bagi pertuduhan pertama Khairuddin, 52, didakwa memperoleh rasuah melalui cek Maybank Berhad bernilai RM91,665 daripada seorang ahli perniagaan Muhamad Khalid Ismail.

Ia sebagai upah membuat pelaburan dalam dana MIMOS berjumlah RM5.5 juta dengan Corporate Eight Asset Management Sdn Bhd.

Bagi pertuduhan kedua, Khairuddin didakwa memperoleh rasuah untuk dirinya melalui cek bank itu bernilai RM150,000 daripada Muhamad Khalid.

Sebanyak RM125,000 daripada jumlah itu ialah sebagai upah tertuduh melaburkan dana pelaburan MIMOS berjumlah RM5.5 juta dengan Corporate Eight Asset Management Sdn Bhd.

Manakala bagi pertuduhan ketiga, Khairuddin didakwa melakukan kesalahan yang sama melalui cek bank yang sama bernilai RM295,750 daripada individu yang sama, di mana RM202,000 daripada jumlah itu sebagai upah untuk dirinya bagi tujuan yang sama.

Bagi pertuduhan keempat, dia didakwa melakukan kesalahan yang sama melalui cek bank yang sama bernilai RM447,833 daripada Muhamad Khalid, di mana RM83,337.37 daripada jumlah itu sebagai upah untuk dirinya bagi tujuan yang sama.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di Pejabat Corporate Eight Asset Management Sdn. Bhd., di Tingkat 17, Menara Weld, Jalan Raja Chulan antara 23 Mei 2001 hingga 8 Februari 2002.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 February 2014 1:57 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: