Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Rasuah: Inspektor wanita direman 5 hari

17 MEI: Seorang wanita berpangkat inspektor direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes meminta sogokan RM2,000 daripada orang awam sebagai dorongan bagi melepaskan kenderaan disita, Isnin lalu.

Perintah reman sehingga 21 Mei itu itu dikeluarkan Majistret Nik Nur Amalina Mat Zaidan di Mahkamah Majistret Klang hari ini.

Terdahulu, suspek berusia 28 tahun yang berpakaian lokap jingga tiba di perkarangan mahkamah dengan dibawa beberapa anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada jam 10.30 pagi.

Laporan BH Online yang memetik sumber berkata, pegawai polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan itu ditahan di pejabat Balai Trafik Klang Selatan pada petang semalam.

“Penahanan itu dibuat berdasarkan laporan seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun mengenai tindakan pegawai polis wanita berkenaan dipercayai meminta wang RM2,000 pada Isnin lalu.

“Ia dikatakan sebagai balasan supaya melepaskan kenderaan utiliti sukan (SUV) milik pekerja swasta itu yang disita atas kesalahan cukai jalan tamat tempoh,” katanya.

Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 May 2018 2:47 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: