Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Rasuah juga berlaku kalangan ustaz

20 MAC: Budaya menabur duit kepada rakyat menjelang pilihan raya yang diamalkan sesetengah parti politik bertujuan meraih undi boleh dianggap sebagai rasuah.

Presiden Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM), Datuk Seri Zakaria Jaafar berkata budaya itu menjadi kesalahan di pihak penyogok dan penerima.

Bagaimanapun, menurut beliau, kesalahan itu sukar dibuktikan jika berlaku pendakwaan di mahkamah berikutan kekurangan bukti kukuh.

“Budaya menabur duit menjelang pilihan raya semua parti buat, tidak kira apa kedudukan tapi jika terdapat aduan sekalipun ia sukar dibicarakan.

“Biasanya pemberi atau penerima mengatakan ia hanyalah duit minyak atau saguhati dan bukan untuk meraih undi,” kata bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu dalam satu program pada hari ini di Kota Bharu.

Amalan memberi saguhati kepada pengundi terutama mereka yang tinggal di Lembah Klang untuk untuk pulang kampung dalam musim pilihan raya bukanlah perkara baharu.

Sejak dahulu, terdapat dakwaan sesetengah mereka menerima sejumlah wang tertentu sebagai duit minyak untuk pulang ke kawasan di mana nama didaftarkan sebagai pengundi.

Bagaimanapun, pada 2015, Suruhanjaya Pilihan Raya dilaporkan menolak dakwaan pihak tertentu bahawa pemberian saguhati kepada pengundi luar sebagai rasuah.

Sementara itu, program terbabit dirasmikan Prof Emeritus Datuk Paduka Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid (foto) yang turut menyampaikan ucapannya menyebut pengetahuan agama berperanan penting sebagai benteng kepada umat Islam daripada terjerumus dalam perbuatan rasuah.

“Banyak berlaku perbuatan rasuah bukan hanya dalam kalangan orang biasa.

“Tapi juga berlaku kalangan ulamak dan ustaz kerana mereka hanya ada pengetahuan agama dan bukan ilmu dalam beragama,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 20 March 2018 7:36 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: