Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Rasuah SAMUR: Suami isteri direman 6 hari

6 MAC: Seorang jurutera syarikat minyak dan gas bersama isterinya direman enam hari bagi membantu siasatan berkaitan rasuah berjumlah RM361,000.

Perintah tahanan reman bermula hari ini hingga Ahad dikeluarkan Majistret Khir Nizam Jemari di Mahkamah Majistret di Putrajaya, selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terdahulu, kedua-dua suspek tiba di Mahkamah Majistret, kira-kira jam 9 pagi dengan berbaju lokap SPRM dan bergari.

Pasangan berkenaan dikatakan meminta suapan daripada syarikat kontraktor bagi melakukan kerja pengujian terhadap paip yang dipasang di projek Sabah Ammonia Urea (SAMUR), Sipitang, Sabah tiga tahun lalu.

Suami isteri masing-masing berusia 58 dan 49 tahun itu ditahan SPRM di rumah mereka di Shah Alam, Selangor pada jam 2 petang, semalam.

Difahamkan, lelaki berkenaan yang pada waktu itu berjawatan pengurus, disyaki meminta dan menerima rasuah sebagai upah melantik syarikat subkontraktor kepada kontraktor utama bagi menjalankan kerja berkenaan.

Pembayaran rasuah dipercayai dimasukkan ke dalam akaun peribadi suspek dan akaun syarikat isterinya sebagai upah melantik syarikat berkenaan melaksanakan projek terbabit.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 March 2018 12:22 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: