Kategori Berita Antarabangsa

Ratu Elizabeth kecam serangan Manchester Arena

26 MEI: Ratu Elizabeth mengecam serangan keganasan di Manchester yang disifatkan melampau ketika melawat mangsa yang terselamat di Hospital Kanak-Kanak Diraja Manchester semalam.

Beliau meluangkan masa berbual dengan Millie Robson, 15, Evie Mills, 14, dan Amy Barlow, 12, antara 12 mangsa yang terdiri daripada kanak-kanak yang dikejarkan ke hospital berkenaan selepas letupan menggegar Manchester Arenna, awal pagi Selasa lalu.

“Serangan itu amat dahsyat, melampau dan menyasarkannya kepada orang yang tidak bersalah,” kata beliau.

Ratu Elizabeth turut mengucapkan terima kasih kepada kakitangan hospital dan paramedik yang bekerja keras untuk memastikan kanak-kanak yang cedera selamat.

Pada masa sama, beliau turut menyatakan rasa terkejut kerana serangan itu disasarkan kepada kanak-kanak.

Seramai 14 kanak-kanak masih lagi menerima rawatan di hospital itu termasuk lima di unit kritikal.

Kira-kira 75 mangsa dikejarkan ke hospital selepas insiden letupan yang berlaku di lokasi konsert penyanyi pop Ariana Grande sedang berlangsung.

Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun antara yang terkorban dalam insiden itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 May 2017 11:07 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: