Kategori Berita Antarabangsa

Ratu Elizabeth lawat mangsa Menara Grenfell

16 JUN: Ratu Elizabeth serta cucunya, Putera William melawat penduduk, sukarelawan dan perkhidmatan kecemasan di pusat bantuan yang menempatkan mangsa kebakaran Menara Grenfell, London sejak dua hari lalu.

Baginda menemui orang awam hari ini ketika dalam perjalanan ke Pusat Sukan Westway yang dijadikan pusat penempatan mangsa selepas kebakaran pangsapuri setinggi 24 tingkat terbakar pada Rabu pagi.

Memetik laporan Reuters, hampir 40 penduduk merayu bantuan daripada keluarga diraja itu ketika baginda dan cucunya hendak meninggal pusat penempatan sementara itu.

Sementara itu Komander Polis, Stuart Cundy mengesahkan bahawa 30 penghuni Menara Grenfell maut manakala puluhan lagi dilaporkan masih hilang ketika anggota bomba terus mencari mayat mangsa.

“Saya percaya jumlah kematian dijangka meningkat,” katanya di hadapan Menara Grenfell, London hari ini.

Cundy berkata, pihak polis sudah memulakan siasatan berhubung insiden itu tetapi enggan mengulas sama ada ‘kebakaran itu dimulakan secara sengaja’.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 June 2017 9:48 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: