Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Raus, Zulkefli letak jawatan berkuatkuasa 31 Julai

13 JUN: Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin akan meletakkan jawatan masing-masing berkuatkuasa pada 31 Julai ini.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dalam satu kenyataan memberitahu, kedua-dua mereka telah mengutuskan surat perletakan jawatan masing-masing kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada 7 Jun lalu.

“Perletakan jawatan itu telah diperkenankan oleh Seri Paduka pada 8 Jun lalu dan dimaklumkan melalui surat Setiausaha Sulit Bahagian Urusan Diraja Istana Negara bertarikh 11 Jun lalu,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Kenyataan itu menambah, pada 15 Mei lalu, Raus dan Zulkefli telah bertemu dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan telah menyampaikan hasrat untuk meletakkan jawatan.

“Walau bagaimanapun, kedua-dua mereka telah memaklumkan kepada Perdana Menteri bahawa perletakan jawatan itu akan berkuatkuasa pada tarikh yang munasabah untuk membolehkan segala urusan kehakiman diselesaikan,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 June 2018 12:12 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: