Kategori Berita Utama

Lebih banyak kemudahan infra seperti Rawang By-Pass- Najib

29 NOV: Pembukaan Jalan Pintas Rawang (Rawang By-Pass) bermula 6 pagi  tadi  turut mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Syabas. Ini akan kurangkan masa perjalanan buat pengguna selain memelihara alam sekitar. Banyak lagi projek infra rakyat sebegini akan kita laksanakan,” katanya menerusi catatan di akaun Twitter beliau hari ini.

Tambah beliau lebih banyak projek infrastruktur rakyat seperti Jalan Pintas Rawang yang dibuka kepada pengguna akan dilaksanakan kerajaan.

Jalan Pintas sepanjang 23km itu menghubungkan pekan Rawang ke Serendah, serta merentas Hutan Lipur Komenwel.

Ia sekaligus mencatat sejarah apabila struktur jambatan setinggi 58.2 meter itu adalah paling tinggi di Malaysia.

Semalam, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadhillah Yusof telah merasmikan jambatan tertinggi itu dengan menjelaskan yang ia terdapat keunikan tersendiri apabila pembinaan struktur tiangnya yang diiktiraf tertinggi di Malaysia sehingga membolehkan pemandu merasakan seperti membelah kabus pada waktu pagi.

“Pemandu turut berpeluang menikmati panorama yang cantik di sekitar Rawang,” katanya ringkas.

Projek yang menelan belanja sebanyak RM628 juta itu menggunakan teknologi dari Eropah.

Ia mula dibina pada 16 Julai 2005 dan siap sepenuhnya pada 21 November 2017 adalah laluan tanpa tol.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 November 2017 10:46 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: