Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Rayuan 5 peguam tak puas hati dapat RM10,000 seorang ditolak

20 JAN: Mahkamah Rayuan pada Isnin menolak rayuan kumpulan lima peguam dan seorang aktivis yang tidak berpuas hati dengan ganti rugi RM10,000 seorang yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Julai tahun lalu berhubung kes saman penangkapan serta tahanan salah ke atas mereka kerana berhimpun sempena Hari Hak Asasi Manusia, tujuh tahun lalu.

Datuk Zaharah Ibrahim yang mengetuai panel tiga hakim bersama-sama Datuk Ananthan Kasinather dan Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim memutuskan demikian sebulat suara tanpa perintah mengenai kos.

Panel hakim Mahkamah Rayuan yang sama juga hari ini menolak rayuan kerajaan Malaysia untuk mengetepikan perintah membayar ganti rugi berjumlah RM60,000 kepada peguam dan aktivis berkenaan.

Antara peguam terbabit

Antara peguam terbabit

Lima peguam terbabit terdiri daripada Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa; Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran; Ketua Biro Hal Ehwal Guaman PKR, Latheefa Koya; Eric Paulsen; dan Amer Hamzah Arshad.

Manakala aktivis berkenaan ialah Johny Andu @ Abu Bakar Adnan.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 20 January 2014 3:47 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: