Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Rayuan kedua Anwar untuk singkir Shafee di Mahkamah Persekutuan 28 Januari

21 JAN: Mahkamah Persekutuan di Putrajaya pada Selasa menetapkan 28 Januari ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung keputusan Mahkamah Rayuan menolak permohonan kali kedua beliau untuk membatalkan kelayakan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tampil sebagai ketua pendakwa dalam kes rayuan pendakwa terhadap pembebasannya dari tuduhan liwat.

Muhammad Shafee berkata beliau telah menerima notis yang memaklumkan mengenai tarikh itu dari pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan minggu lalu.

shafee-anwarPada 20 Disember tahun lalu, panel hakim tiga anggota Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Aziah Ali, sebulat suara menolak permohonan Anwar supaya kelayakan Muhammad Shafee sebagai ketua pendakwa dibatalkan dan memutuskan bahawa pelantikan beliau oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail adalah mengikut undang-undang.

Anwar, 66, memfail permohonan kedua untuk tujuan yang sama dengan menggunakan maklumat dari akuan bersumpah bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim bagi menyokong permohonan itu.

Permohonan pertamanya ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 17 September tahun lalu dan berikutan itu beliau merayu di Mahkamah Persekutuan, tetapi turut ditolak.

Pada 9 Januari tahun lalu, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di sebuah unit kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara pada 26 Jun, 2008.

Muhammad Shafee, seorang peguam kanan, dilantik oleh Gani dengan kuasa di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Prosedur Jenayah (CPC) dan Artikel 145 (3) Perlembagaan Persekutuan bagi mengendali rayuan di Mahkamah Rayuan.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 January 2014 6:23 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: