Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

RCEP dimetrai Nov 2018 – Najib

15 NOV: Kerjasama Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) membabitkan 16 negara bakal dimeterai  semasa Sidang Kemuncak ASEAN dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Singapura pada November tahun hadapan.

Menjelaskan perkara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata para pemimpin yang bertemu buat julung kalinya semasa Sidang Kemuncak RCEP di Manila, komited untuk menjalankan rundingan bagi mencari kata sepakat susulan dua tarikh akhir sebelum ini gagal dipenuhi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (foto arkib).

“Setakat ini 20 pusingan rundingan dan sembilan mesyuarat di peringkat menteri sudah diadakan,” katanya, Selasa.

Gagasan perkongsian ekonomi itu dilancarkan secara rasmi pada Sidang Kemuncak ASEAN 2012 di Kemboja.

RCEP mempunyai 3.4 bilion penduduk dengan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak AS$49.5 trilion atau sekitar 39 peratus daripada KDNK dunia.

Jika direalisasikan, perjanjian perdagangan bebas antara 10 anggota ASEAN dan enam rakan dialog termasuk Australia, China, India, Jepun, New Zealand dan Korea Selatan bakal mewujudkan blok perdagangan terbesar dunia.

Share This:




Berita Bertarikh pada 15 November 2017 1:36 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]