Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

RCI kerugian BNM: Zeti akui BNM kerugian RM32.074b

6 SEPT: Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dipanggil memberi keterangan dalam prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan urus niaga bank pusat itu dengan mata wang asing (Forex) sekitar tahun 1990-an.

Beliau yang dipanggil sebagai saksi ke-16, tiba di Istana Kehakiman pada jam 8.30 pagi tadi.

Beliau merupakan Gabenor Bank Negara pada Mei 2011 hingga Mei 2016.

Dalam keterangan Zeti memkalumkan Bank Negara Malaysia (BNM) mengalami kerugian sebanyak RM32.074 bilion dalam urus niaga mata wang asing sepanjang 1988 hingga 1994.

Katanya, maklumat itu dipaparkan dalam Jadual 6 laporan bertajuk Pengolahan Akaun Terhadap Kerugian Akibat Pengurusan Rizab Aktif 1988-1994 bertarikh 18 April 2007.

Beliau turut mengesahkan jumlah itu mengambil kira keuntungan sebanyak RM2.473 bilion pada 1990.

Turut hadir memberi keterangan pada pagi ini adalah bekas Peguam Negara, Tan Sri Ainum Mohamad Saaid selaku saksi ke-15.

Pada 15 Februari lalu Pasukan Petugas Khas (PPK) ditubuhkan dan dipengerusikan bekas ketua setiausaha kerajaan Tan Sri Sidek Hassan, bertujuan menyiasat kerugian yang dialami bank pusat itu antara 1991 dan 1993.

Turut menganggotai ialah Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Kamaludin Md. Said; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad; Datuk Seri Tajuddin Atan; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan, Tan Sri Saw Choo Boon; Ahli Institut Akauntan Malaysia, K. Pushpanathan dan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Dr. Yusof Ismail yang juga setiausaha suruhanjaya siasatan itu.

Awal Februari lalu, bekas penolong gabenor BNM, Datuk Abdul Murad Khalid mendedahkan bank pusat itu mengalami kerugian AS$10 bilion (RM44 bilion) dalam urus niaga perdagangan mata wang pada awal 90-an.

Bagaimanapun nilai kerugian itu masih dipertikaikan.

Share This:




Berita Bertarikh pada 6 September 2017 11:50 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]