Kategori Berita Utama

Reformasi 2.0: Agenda membela Anwar dan Karpal atasi isu MH370

16 MAC : Agenda pembangkang bagi membela Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijatuhi hukuman penjara dalam kes Liwat II baru-baru ini mengatasi isu  kehilangan pesawat MH370.

Berdasarkan laporan sebuah portal pro pembangkang, Pakatan Rakyat berikrar menganjurkan satu himpunan besar-besaran pada 21 Mac ini.

Ianya bagi membantah keputusan mahkamah dalam kes Liwat II dan kes hasutan MP Gelugor, Karpal Singh.

Laporan itu memetik kenyataan  ahli parlimen Batu Tian Chua kepada portal berkenaan selepas berceramah di Stadium Kajang, Ahad malam.

anwarmalu“Kita semua akan berpakaian hitam dan kita mahu beritahu kerajaan, yang kita tak puas hati dengan ketidakadilan,” katanya.

Himpunan itu yang merupakan sebahagian daripada gelombang Reformasi 2.0 yang diikrarkan Pakatan Rakyat sebelum ini akan diadakan di Stadium Kajang, bermula jam 8 malam, kata Tian.

Pakatan Rakyat sebelum ini membantah keputusan penjara lima tahun yang dikenakan Mahkamah Rayuan kepada Ketua Pembangkang itu yang didapati bersalah meliwat bekas pembantunya selepas beliau dibebaskan Mahkamah Tinggi pada tahun 2012.

Karpal Singh pula didenda RM4,000 selepas didapati bersalah mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan sewaktu mengulas krisis Perlembagaan di Perak pada tahun 2009.

Keputusan ke atas Anwar dan Karpal didakwa pembangkang mengandungi elemen campur tangan kerajaan.

Ekoran keputusan itu Anwar yang pada mulanya akan bertanding dalam PRK Kajang melepaskan pencalonan kepada isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Manakala denda terhadap Karpal pula bakal menyebabkan ahli parlimen Bukit Gelugor terpaksa mengosongkan kerusi berkenaan.

Malah, semua ahli parlimen pembangkang memboikot sidang Dewan Rakyat pada hari ke dua selepas pembukaan oleh Yang Di Pertuan Agong pada 10 Mac lalu.

Manakala, insiden kehilangan pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan kru kini jadi agenda utama negara dan 14 negara lain bagi menjejak Boeig 777 200 yang hilang beberapa jam selepas Anwar dijatuhkan hukuman oleh Hakim Mahkamah Rayuan Putrajaya.

Usaha mengesan pesawat itu masuk hari ke sembilan dengan siasatan juga tertumpu kepada juruterbang dan pembantunya selain misi mencari dan menyelamat (SAR) kini tertumpu ke kawasan baru seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Sabtu.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 March 2014 1:05 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: