Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Remaja diserang sawan, mangsa kedua banjir Pahang

4 JAN: Seorang remaja yang terjatuh ke dalam air paras lutut di Kampung Tiram dipercayai akibat serangan sawan menjadi mangsa kedua banjir di Pahang.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Rosli Ab Rahman berkata mangsa Muhammad Al Asyraf Danial Mohd Al Asadi, 17, ditemukan di hadapan sebuah rumah di Lorong Anggerik, kampung tersebut 1 pagi tadi.

Beliau berkata mangsa difahamkan ke rumah rakannya di situ dan membuat keputusan untuk berjalan kaki pulang ke rumah keluarganya yang terletak berhampiran.

“Mangsa dipercayai diserang sawan menyebabkan dia terjatuh, bagaimanapun tiada siapa yang melihat kejadian itu hingga penduduk kampung menemukan mayatnya.

“Mereka menghubungi bomba yang kemudiannya membawa mangsa ke Hospital Tengku Ampuan Afazan (HTAA), yang mana dia disahkan sudah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang hari ini.

Semalam, Muhammad Faris Aqeel Mohd Afif, 7, menjadi korban pertama banjir Pahang tahun ini, selepas mayatnya ditemukan dalam longkang di sawah padi berhampiran rumahnya di Kampung Padang Jaya, Sungai Lembing.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 January 2018 5:27 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: