Kategori Berita Antarabangsa

Remaja Palestin tampar tentera Israel dipenjara 8 bulan

22 MAC: Remaja Palestin yang ditahan selepas menampar tentera Israel dihukum lapan bulan penjara.

Ahed Tamimi berusia 17 tahun ketika ditahan pada Disember tahun lalu selepas video beliau menampar dan menyerang dua tentera Israel di luar kediamannya di perkampungan Nabi Saleh tular.

Hukuman itu dibuat secara tertutup di mahkamah tentera Israel dekat Ramallah mengakhiri kes yang mendapat tumpuan dunia.

Ahed dikenakan hukuman itu, termasuk menyerang, kata peguamnya, Gaby Lasky.

Remaja itu juga akan membayar denda sebanyak 5,000 shekels (AS$1,440) dan menerima hukuman penjara lapan bulan lagi.

Ahed berkata, dia terpaksa mengaku bersalah kerana percaya tidak akan mendapat perbicaraan yang adil, juga menjadi sebab mengapa hukuman itu secara tertutup.

Keputusan mahkamah itu bermakna dia akan dibebaskan pada musim panas ini kerana hukuman itu termasuk semasa beliau ditahan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 22 March 2018 10:03 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: