Kategori Berita Antarabangsa

Remaja toleh kepala 180 darjah

12 NOV: Seorang remaja berusia 14 tahun dari Pakistan menyara keluarganya dengan menggunakan kebolehannya memutar kepalanya sehingga 180 darjah.

Dengan menggunakan tangan untuk memusing kepala, Muhammad Sameer  membuat persembahan bersama kumpulannya, Dangerous Boys.

Bagi setiap persembahan, dia menerima bayaran sebanyak Rs600 (RM38) hingga Rs1,000 (RM64) membolehkan dia memperolehi sehingga RM665 sebulan.

Memetik laporan portal Daily Mail, penduduk tempatan di Karachi memanggilnya ‘manusia burung hantu’.

Sameer kini berharap kebolehan luar biasa itu membolehkan dia mendapat peluang untuk berlakon dalam filem Bollywood.

Remaja itu berkata dia mula berlatih memusing kepada sejak berusia enam tahun selepas melihat seorang pelakon filem seram Bollywood memusing kepalanya untuk melihat ke belakang.

“Saya tertarik dengan kebolehan itu.

“Sejak hari itu, saya sering berlatih berbuat demikian dan selepas beberapa bulan, saya boleh melakukannya,” katanya.

Tambah Sameer, pada mulanya ibunya tidak mengalakkan dia kerana bimbang akan keselamatan Sameer.

“Bagaimanapun ibu saya akhirnya sedar tentang keistimewaan saya,” kata remaja yang tidak bersekolah itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 November 2017 10:41 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: