Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Reman 4 Datuk dilanjut

11 JUN: Tempoh reman empat individu bergelar Datuk dilanjutkan enam hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan berhubung rasuah dan salah guna kuasa membabitkan pinjaman ahli koperasi di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Dua lagi individu yang juga pasangan suami isteri yang direman bersama bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan RM10,000 setiap seorang serta penjamin.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan tempoh reman disambung ke atas empat suspek terbabit sehingga 17 Jun.

Enam individu terbabit yang berusia 42 hingga 68 tahun sebelum ini direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Kesemua mereka ditahan di beberapa lokasi di Selangor dan Kuala Lumpur antara jam 8 pagi sehingga 10 pagi pada 6 Jun lalu.

Mereka yang ditahan adalah ahli lembaga pengarah Koperasi Telekom Malaysia (KOTAMAS) terdiri daripada pengerusi, setiausaha, bendahari, seorang anggota lembaga koperasi dan isterinya selain seorang individu daripada sebuah syarikat pembekal.

Difahamkan, ahli lembaga pengarah koperasi berkenaan mendaftar tanpa kebenaran kesemua peminjam di bawah naungan mereka dalam sebuah syarikat jualan langsung (MLM).

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 June 2017 2:15 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: