Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Reman pegawai kanan Zakat P.Pinang disambung

15 MEI: Mahkamah Majistret Georgetown menyambung reman pegawai kanan Zakat Pulau Pinang (ZPP) selama empat hari lagi sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan penyelewengan wang zakat negeri.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid pada hari ini yang membenarkan permohonan yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri itu.

Beliau juga memerintahkan reman seorang lagi pegawai kanan ZPP dilanjutkan.

Kedua-dua pegawai itu tiba di kompleks mahkamah dengan berpakaian lokap SPRM berwarna jingga jam 2.20 petang tadi dan dilihat keluar dari bangunan itu pada jam 3.15 petang.

Pegawai kanan berusia lingkungan 50-an itu direman bersama-sama 11 individu lain sejak 9 Mei lepas.

Pada sebelah pagi, tiga kontraktor turut ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes yang sama sudah dibebaskan dengan jaminan SPRM masing-masing dengan RM5,000.

Sabtu lepas, SPRM membebaskan enam individu iaitu empat kontraktor dengan jaminan RM5,000 setiap seorang dan dua pegawai ZPP masing-masing dengan jaminan RM10,000 yang turut sama ditahan bagi membantu siasatan.

Semalam, SPRM membebaskan seorang lagi kontraktor dengan jaminan RM5,000.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 May 2017 7:41 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: