Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Reman Shafie dilanjut empat hari

23 OKT: Tempoh penahanan reman bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Shafie Apdal dilanjut selama empat hari sehingga Jumaat ini.

Majistret Cindy McJuce Balitus meluluskan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin di Mahkamah Kota Kinabalu susulan tempoh reman Ahli Parlimen Semporna itu berakhir hari ini.

SPRM diwakili Pegawai Pendakwaan Mohd Faliq Basiruddin dan Timbalan Pendakwa Raya Rustam Sanip serta Rozanah Abdul Hadi.

Bekas Naib Presiden UMNO itu direman empat hari sejak Jumaat lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 berkaitan penyelewengan RM1.5 bilion dana awam untuk projek pembangunan luar bandar di Sabah ketika beliau menjadi menteri KKLW antara 2009 hingga 2015.

Pagi tadi, Shafie hadir di Mahkamah Tinggi untuk mendengar prosiding permohonan semakan semula peguamnya berhubung perintah tahanan reman Mahkamah Majistret, bagaimanapun ditolak Pesuruhjaya Kehakiman, Ismail Brahim.

Shafie diwakili peguam Loretto J Padua, Martin Tommy, Cedric Choo, Hamid Ismail dan Zakaria Ismail.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 23 October 2017 5:16 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: