Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Rempuh kereta di Newcastle, tiada warga Malaysia terbabit

26 JUN: Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit dalam insiden sebuah kereta merempuh umat Islam yang baharu selesai menunaikan solat sunat Aidilfitfri di Masjid Sentral di Newcastle, utara England, semalam.

Dalam kejadian terbabit, kereta seorang pemandu wanita berusia 42 tahun itu dilaporkan terbabas ke laluan pejalan kaki sebelum merempuh sekumpulan keluarga jemaah dan menyebabkan enam orang termasuk tiga kanak-kanak cedera.

Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini, meminta warganegara Malaysia yang menetap di sekitar kawasan itu supaya sentiasa berjaga-jaga serta patuh dengan arahan pihak berkuasa tempatan.

Menurut Wisma Putra, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan dan dan sentiasa memberi maklumat terkini dan segera kepada komuniti Malaysia di sekitar bandar itu.

Pada masa yang sama, mereka turut menyampaikan ucapan simpati mendalam kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden itu.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 June 2017 2:47 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: