Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Restoran kena bayaran RM6000 diserbu

Sebuah restoran di Pengkalan Chepa diserbu penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK) selepas didakwa mengenakan bayaran sehingga RM6,000 kepada sekumpulan 50 VVIP yang bersarapan pagi.

Rombongan 50 orang itu, termasuk mereka yang datang dari luar Kelantan untuk menghadiri satu majlis rasmi di bandar berkenaan.

kpdnkkAntara yang dihidangkan ialah ayam goreng kampung dan gulai itik serati, di samping sayuran-sayuran dan beberapa lauk-pauk lagi.

Timbalan Pengarah PDNKK negeri, Ab Ghani Harun berkata, bertindak atas laporan itu, pihaknya menyerbu restoran yang terletak di Taman Uda Murni, pagi Isnin.

Pemeriksaan mendapati  peniaga restoran itu menutup papan tanda harga yang sedia ada dengan pita pelekat.

“Kita mengesyaki peniaga tersebut  mempunyai niat untuk menipu dan mengenakan caj harga sesuka hati ke atas pelanggan.

“Atas kesalahan itu, kita kenakan kompaun ke atas pihak terbabit,” katanya kepada pemberita, selepas serbuan ke atas restoran terbabit.

Dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas lauk pauk dan makanan bernilai hampir RM6000.

Ab Ghani berkata, jika sabit kesalahan pengusaha itu boleh dikenakan tindakan di bawah Perintah 3 (1) Akta Kawalan Harga (Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit) 1993 dengan penalti RM250,000 dan kompaun maksimum RM175,000.

Beliau berharap tindakan itu jadi pengajaran terhadap kesalahan yang mereka lakukan.

“Diharap peniaga-peniaga lain turut berwaspada. Jika dikesan melakukan penipuan mereka juga akan dikenakan kompaun.

“Saya menasihatkan semua peniaga di negeri ini supaya meletakkan tanda harga yang jelas untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan pelanggan, terutama mereka yang datang dari luar Kelantan,” katanya. – 8/10/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 October 2013 5:45 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: