Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Ribuan ikan terdampar tiada kaitan gempa bumi atau tsunami

26 DIS: Fenomena ribuan ekor ikan tamban terdampar di pantai Kampung Tambisan Tungku, Lahat Datu, Sabah pada Selasa tiada kaitan dengan pergerakan kerak bumi mahupun ombak tsunami, kata Pengarah Jabatan Metereologi Malaysia Sabah, Abdul Malek Tusin, Rabu.

Jabatan Meteorolgi Malaysia, kata beliau, tidak mengesan sebarang pergerakan kerak bumi di sekitar Lahad Datu, yang boleh dikaitkan dengan fenomena ribuan ikan tamban terdampar di pantai  berkenaan.

Berdasarkan sistem amaran awal tsunami, keadaan dasar laut di kawasan berkenaan juga seperti biasa, tambahnya lagi.

Bagaimanapun jabatan ini tetap memantau pergerakan kerak bumi terutama di dasar laut di kawasan terbabit ekoran fenomena luar biasa kemunculan ribuan ikan terdampar itu, katanya.

Sementara itu Pengarah Jabatan Perikanan Sabah Datuk Rayner Stuel Galid berkata, kejadian itu kali pertama berlaku di Sabah.

“Selalunya ikan tamban ini berada di tengah laut, jarang di tepi pantai,” katanya.

Rayner berkata pihaknya telah menghantar pegawai ke kawasan berkenaan bagi melakukan siasatan.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Supt Mat Shamsuddin pula berkata pasukan keselamatan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk bencana alam.

Dalam kejadian jam 8 hingga 9.30 pagi Selasa itu, ribuan ikan tamban seolah-olah naik ke darat dan menarik perhatian masyarakat setempat dengan ada antara mereka menganggap fenomena tersebut sebagai petanda bencana alam seperti tsunami.-bnbbc.my

Orang ramai seolah berpesta mengumpul ribuan ikan tamban yang terdampar di pantai Lahad Datu pada Selasa biarpun ada yang khuatir ommbak tsunami akan menyusul.-Foto amatur

Gambar amatur orang ramai seolah berpesta mengumpul ribuan ikan tamban yang terdampar di pantai Kampung Tambisan Tungku, Lahad Datu pada Selasa biarpun ada yang khuatir ommbak tsunami akan menyusul.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 December 2013 8:55 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: