Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Ribuan serbu rumah terbuka Ismail Sabri

1 JULAI: Lebih 30,000 pengunjung terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat mengunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri 2017 anjuran Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Dataran Kerayong, Pahang.

Menurut Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Rumah Terbuka Aidilfitri merupakan acara tahunan untuk masyarakat setempat.

“Sambutan kali ini lebih meriah dan ramai tetamu yang hadir terutama anak-anak yang pulang berhari raya masih bercuti.

“Saya jangkakan sekitar 30,000 hingga 40,000 orang berbanding sebelum ini kira-kira 20,000 pengunjung,” katanya, Sabtu.

Menurut Ismail Sabri, penganjuran majlis itu dapat mengeratkan silaturahim dan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum terutama masyarakt Orang Asli di Bera.

Sementara itu, majlis berkonsepkan pemimpin bersama rakyat itu dihadiri orang ramai seawal jam 9 pagi dan berakhir sebentar tadi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 July 2017 2:44 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: