Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Ribut Miri pemilik rumah dinasihat tuntut insurans

5 OGOS: Pemilik rumah kos rendah yang rosak teruk dalam kejadian ribut di Miri, Sarawak malam Selasa dinasihatkan membuat tuntutan insurans bagi menampung kos kerosakan yang berlaku.

Menteri Muda Perhubungan Datuk Lee Kim Shin berkata, setakat ini yang dikenal pasti bumbung lapan buah rumah teres kos rendah di kawasan perumahan Permyjaya telah diterbangkan ribut yang berlaku pada tengah malam tadi sehingga awal pagi ini.

ribut di miriMenurutnya, kejadian tersebut turut melibatkan sebuah sekolah menengah di Miri.

“Bumbung sebuah blok Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Joseph juga telah diterbangkan oleh ribut dan Jabatan Kerja Raya (JKR) diminta untuk membaiki kerosakan itu dengan kadar segera,” katanya.

Menurutnya, pemilik rumah kos rendah yang terlibat dalam kejadian itu dinasihatkan untuk membuat tuntutan insurans memandangkan ada pemilik masih membayar ansuran bulanan dengan bank.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga telah diminta untuk memberi bantuan yang perlu kepada keluarga terbabit,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kong berkata, setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Kejadian ribut di Miri malam tadi adalah yang kedua selepas pertama berlaku pada 10 Julai lalu mengakibatkan bumbung dua buah rumah panjang di kawasan pedalaman diterbangkan angin dan pokok tumbang di kawasan bandar.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 August 2015 1:19 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: