Kategori Ekonomi

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US

20 Mac: Ringgit ditutup tinggi pada hari ini berbanding dolar US berikutan  matawang itu terus berada dalam tekanan susulan pendirian Rizab Persekutuan yang kurang cenderung ke arah menaikkan lagi kadar faedah.

Ketika urusniaga ditutup pada 6 petang tadi, matawang negara berada pada 4.4250/4280 berbanding dolar AS daripada 4.4340/4370 pada Jumaat lepas.

Seorang peniaga berkata prestasi ringgit itu adalah sejajar dengan mata wang Asia lain yang meningkat susulan kelemahan dolar AS.

Sementara itu, Peniaga Kanan OANDA Stephen Innes berkata data ekonomi China lebih kukuh daripada dijangkakan yang dikeluarkan minggu lepas menambahkan lagi tekanan kepada dolar.

“Kestabilan di China memberi prospek baik bagi sentimen serantau yang akan disokong oleh pemulihan harga komoditi, bersama dengan inflasi tinggi, yang akan menular ke rantau ini,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.1639/1672 daripada 3.1638/1682 pada Jumaat dan susut berbanding yen kepada 3.9215/9259 daripada 3.9156/9196 sebelumnya.

Ringgit naik berbanding euro kepada 4.7591/7628 daripada 4.7767/7818 pada Jumaat lalu dan mengukuh berbanding pound British kepada 5.4919/4965 daripada 5.4933/4983 sebelumnya

Share This:




Berita Bertarikh pada 20 March 2017 11:01 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]