Kategori Ekonomi

Rizab Bank Negara cecah RM400 bilion

22 MAC: Sehingga 15 Mac, rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$103.9 bilion (RM406 bilion)

BNM menjelaskan bahawa kedudukan rizab berkenaan memadai untuk membiayai 7.3 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Kenyataan itu turut menyebut komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (AS$97.4 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$800 juta), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.2 bilion), emas (AS$1.5 bilion) dan aset rizab lain (AS$3.0 bilion).

“Manakala aset berkenaan termasuk emas dan pertukaran asing serta rizab lain termasuk SDR (RM420.42 bilion), Kertas Kerajaan Malaysia (RM3.96 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM2.72 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.46 bilion), tanah dan bangunan (RM4.18 bilion), dan aset lain (RM9.50 bilion),” katanya hari ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 22 March 2018 5:03 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: