Kategori Ekonomi

Rizab Persekutuan naikkan kadar faedah

22 MAC: Rizab Persekutuan menaikkan kadar faedah sebanyak 0.25 peratus kepada 1.5 peratus kepada 1.75 peratus.

Pembuat dasar turut memberi isyarat akan meningkatkan kadar faedah dua kali lagi tahun ini dan pada tahun 2019.

Pengerusi Rizab Persekutuan, Jerome Powell juga memberi amaran peningkatan ketegangan dagangan.

Ia susulan Pentadbiran Presiden Donald Trump mengumumkan tarif keluli dan aluminium dan meningkatkan sekatan ke atas China – satu tindakan yang akan menyebabkan tindakan balas oleh Beijing.

Katanya, beberapa ahli Rizab Persekutuan bimbang kemungkinan berlaku perang perdagangan, merujuk kepada pandangan yang dikemukakan oleh pemimpin-pemimpin perniagaan.

“Mereka melihat langkah itu sebagai risiko,” kata Powell.

Dalam pada itu, Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan mengunjurkan ekonomi Amerika Syarikat akan meningkat sebanyak 2.0 peratus, lebih pantas daripada 2.5 peratus yang diramalkan pada Disember lalu.

Bank Pusat itu juga menjangkakan kadar faedah lebih tinggi pada tahun depan dan 2020 berbanding peningkatan yang dibuat pada Disember lalu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 22 March 2018 10:52 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: