Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Rizal: Pembangkang jangan meroyan, tinggalkan politik murahan

16 JUN: Adalah sesuatu yang menyedihkan jika pembangkang melancarkan serangan peribadi untuk mencuri perhatian rakyat, kata Pegawai Khas kepada Isteri Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor.

“Bagaimanapun, terima kasih kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Salleh Datuk Seri Said Keruak kerana mendedahkan rancangan jahat pembangkang untuk melancarkan semula kempen memburuk-burukkan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

“Pada masa yang sama, saya yang mengenali Rosmah, berasa sedih sekali dengan perkembangan ini. Selepas 60 tahun merdeka, ketika rakyat Malaysia sudah matang berpolitik, mereka masih memperalatkan serangan peribadi untuk mencuri perhatian rakyat,” kata beliau dalam status Facebooknya hari ini.

Beliau juga memohon pembangkang meninggalkan politik murahan.

“Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, saya dengan rendah diri mengajak pembangkang maju ke depan dengan meninggalkan politik sebegini,” kata Rizal lagi.

Pada pagi tadi, Rosmah dilaporkan mengingatkan rakyat di negara ini supaya tidak mudah mempercayai fitnah yang sengaja diadakan oleh pihak tertentu.

Sementara itu, Rizal mneyarankan pembangkang tampil membahaskan dasar-dasar negara dengan rasional serta mengetepikan busuk hati demi kepentingan rakyat.

“Jangan meroyan kepada Datin Seri Rosmah yang tidak terlibat langsung dalam pentadbiran negara. Salam Ramadan. Teruskan beramal,” tambah beliau.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 June 2017 8:42 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: