Kategori Berita Utama

RM280.25 bilion peruntukan Bajet 2018

27 OKT: Bajet 2018 yang dibentang Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini memperuntukkan RM280.25b, menyaksikan pertambahan peruntukan, berbanding RM260.8b peruntukan pada bajet tahun lalu.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, daripada jumlah itu RM46 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan manakala RM234.25 bagi perbelanjaan mengurus.

Beliau berkata, kutipan hasil Kerajaan Persekutuan dijangka mencecah RM239.86b pada tahun 2018.

Menurutnya, bajet kali ini adalah yang paling penting, merupakan satu rumusan kepada prakarsa-prakarsa yang telah memacu ekonomi negara semenjak beliau jadi Perdana Menteri.

“Ia juga pelonjak kepada pembikinan negara Bangsa Malaysia untuk 30 tahun mendatang yang akan dicorakkan semula berasaskan kerangka Maqasid Syariah,” ujarnya.

Tegas Najib, tunjang pertama Bajet 2018 adalah bagi merancak pelaburan, perdagangan dan industri.

Katanyam jumlah pelaburan dalam negara pula dijangka meningkat 6.7 peratus.

Perdana Menteri hadir di perkarangan lobi Parlimen untuk membentangkan Belanjawan 2018 di Parlimen pada petang jumaat. Foto RABBANI JAMIAN

 

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 October 2017 4:25 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: