Kategori Ekonomi

RM2b dibelanjakan SkyWorld bukan untuk kediaman mewah sahaja

22 JAN: SkyWorld Development Group akan menjalankan projek dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM2.0 bilion pada tahun ini, kata Pengasas dan Pengarah Urusan syarikat itu, Datuk Ng Thien Phing.

Ujarnya, projek-projek bakal dijalankan syarikat dengan kos yang besar itu adalah terdiri daripada rumah mampu milik, hartanah kediaman dan komersial mewah.

“Kami akan membuka Sky Meridien, The Hub, Sky Awani 3 dan The Valleys. Semua projek ini akan dilancarkan tahun ini,” katanya pada sidang media.

SkyAwani 3 adalah projek perumahan yang terunggul dengan GDV sebanyak RM600 juta, manakala habnya adalah berkonsepkan pejabat komersial. Kedua-dua projek itu juga akan dibina di kawasan Setapak.

Tambah Ng, SkyWorld merancang untuk membangunkan SkyAwani 4, tetapi projek itu hanya akan dilancarkan pada 2019.

Terdahulu syarikat itu melancarkan kumpulan Pusat Kualiti SkyWorld yang bernilai RM3.8 juta di Setapak.

Tambah beliau dalam ucapannya, sebagai pemaju hartanah, SkyWorld juga mengambil kira ketidakpuasan hati orang ramai terhadap keadaan rumah mampu milik.

Justeru itu syarikat tidak kedekut untuk membelanjakan jutaan ringgit demi memastikan rumah mampu milik yang dibina mempunyai kualiti yang baik dan diiktiraf oleh Sistem Penilaian Kualiti dalam Pembinaan (QLASSIC).

“Kami dapati banyak pemilik rumah tidak puas dengan pengerjaan harta benda mereka. Ada juga yang menerima rumah baru mereka dalam keadaan teruk. Kami percaya semua orang boleh dapat memperoleh rumah yang berkualiti,” jelas beliau.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 22 January 2018 4:17 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: