Kategori Ekonomi

Roberto Carlos duta terbaharu AirAsia

23 MAC: Lagenda bola sepak Brazil, Roberto Carlos dilantik sebagai duta global bagi syarikat penerbangan AirAsia.

Ia diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia, Benyamin Ismail di ibu kota hari ini.

“Pelantikan berkenaan dibuat bagi pengembangan jenama AirAsia di peringkat global.

“Di samping itu, ia boleh menyemarakkan industri bola sepak tempatan,” katanya dipetik.

Sementara itu, laporan sebuah portal memetik Roberto Carlos yang berkata ini adalah kerjasama pertama membabitkan dirinya dengan syarikat penerbangan.

“Saya juga sangat teruja untuk mewakili jenama AirAsia yang sentiasa berusaha menjadikan impian menjadi kenyataan,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 23 March 2018 5:56 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: