Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Rogol anak saudara umur lima tahun sejak 2010

2 FEB: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang hari ini atas 200 pertuduhan merogol anak saudaranya antara 2010 hingga 2013, sejak mangsa berumur 5 tahun.

Lelaki itu yang berbaju T dan seluar jeans, kelihatan tenang semasa pegawai mahkamah membacakan satu persatu dakwaan itu.

Dia kemudiannya mengaku tidak bersalah ke atas 200 pertuduhan itu.

Mangsa kini berusia 13 tahun.

Secara keseluruhan, pihak pendakwaan menyediakan 334 dakwaan rogol terhadapnya, dan dia harus menjawab baki pertuduhan itu di depan Hakim Mahkamah Sesyen, Mohamad Kamil Nizam, hari ini.

Lelaki itu dituduh di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan dan diwakili peguam Muhammad Amin Abdullah, manakala Timbalan Pendakwa Raya ialah Nadiah Malek Fauzie.

Lelaki itu turut dituduh dengan satu cubaan merogol seorang lagi anak saudaranya berusia 10 tahun di bawah Seksyen 376b dan 511 Kanun Keseksaan serta seorang lagi anak saudara berusia 17 tahun di bawah Seksyen 376b kanun sama.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 February 2018 5:49 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: