Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Rogol gadis bawah umur, 9 askar direman

23 FEB: Sembilan anggota tentera ditahan selepas dipercayai merogol seorang gadis bawah umur Disember lalu.

Kesemua suspek berusia 23 tahun adalah penuntut Kursus Artileri di Rejimen Artileri Diraja (RAD) Kluang, ditahan semalam, oleh Cawangan Penyiasatan Khas (CPK), Angkatan Tentera Malaysia susulan maklumat dari pihak polis.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd (foto) berkata penahanan itu dibuat selepas mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang, kelmarin.

“Dalam laporannya, gadis berusia 17 tahun itu mendedahkan bahawa dia mengenali seorang daripada suspek terbabit sebelum diperkenalkan dengan lapan lagi anggota lain di sebuah hotel di Kluang pada petang 23 Disember lalu.

“Dia kemudian mendakwa dirogol di hotel berkenaan pada hari sama sebelum dia mengambil keputusan untuk membuat laporan polis,” katanya yang dipetik.

Menurut Khalil, kesemua suspek sudah diserahkan kepada pihaknya untuk tindakan lanjut dan direman tujuh hari bermula hari ini.

“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 23 February 2018 6:54 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: